12 Januari 2023 – Pada 7 Disember 2022, Selangor Industrial Corporation (SIC) telah menerima Anugerah Majikan Terbaik 2022 Lembah Klang. Daripada 200,012 majikan di seluruh Lembah Klang, SIC merupakan antara 48 majikan yang dianugerahkan dengan Anugerah Majikan Terbaik di seluruh Lembah Klang bagi tahun 2022.
Dengan adanya penerimaan anugerah ini membolehkan para pekerja/majikan agar dapat memupuk semangat dan usaha dalam pekerjaan, bekerja dengan lebih keras dan bertanggungjawab, berkerjasama antara satu sama lain, serta berdedikasi.
Bagi memastikan Selangor Industrail Corporation untuk terus maju di hadapan, organisasi memastikan dasar kondusif disediakan agar dapat membentuk persekitaran kerja yang positif, selamat, memberikan fleksibiliti, memupuk kerjasama antara majikan dan kesejahteraan.
Tahniah dan syabas kepada semua majikan yang terlibat dalam penerimaan anugerah ini.