Oleh Nur Syazwani – 3 Ogos 2022
27 Julai 2022 – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC). MoA ini ditandatangani oleh Datuk Bandar Shah Alam, Y. Bhg Dato’ Haji Zamani Ahmad bin Mansor manakala Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Ar Wan Muhd Hisham Hj Wan Hawari pula mewakili SIC.
Perjanjian ini bertujuan menjalinkan kerjasama dalam memasarkan produk – produk binaan baharu seperti Composite Porous Concrete Slab (C.P.C Slab) dan Effective Microorganism Concrete Scupper Drain (EM CSD) dan lain – lain produk binaan baharu yang masih dalam pembangunan produk. Penggunaan kedua – dua produk yang dibangunkan oleh MBSA dan UTM dengan menggunakan bahan – bahan komposit yang lebih mesra alam sekitar ini adalah lebih selamat, lebih kuat, lebih kukuh dan lebih mudah untuk diselenggara.
Pembekalan produk – produk yang berkonsep hijau dan mesra alam sekitar seperti ini adalah selari dengan hala tuju perniagaan SIC iaitu untuk membekalkan produk – produk teknologi hijau kepada kontraktor – kontraktor SIC serta kontraktor – kontraktor MBSA dan seterusnya memastikan hanya produk binaan yang berkualiti dan mematuhi standard yang ditetapkan demi menjamin keselamatan dan kesihatan awam. Ini apa yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Ar Wan Muhd Hisham Hj Wan Hawari.
Pembekalan produk seperti ini juga diharapkan dapat memberikan penyelesaian yang lebih efektif ke atas penyelenggaraan longkang dan juga mengurangkan risiko banjir kilat yang khususnya di Selangor serta amnya di seluruh Malaysia.