



SHAH ALAM – Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), hari ini memeterai Perjanjian Usahasama (JVA) bersama Data Centre Union Sdn Bhd (DC Union) bagi membangunkan sebuah pusat data berteknologi tinggi di Cyberjaya yang dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi digital negeri Selangor. Menerusi kerjasama ini, SIC berperanan mengoptimumkan aset dan pembangunan strategik di Cyberjaya, manakala DC Union menyumbang kepakaran teknikal, pelaburan serta pengalaman industri dalam sektor pusat data dan teknologi digital. Bernilai RM2.5 billion, projek pusat data berkapasiti 65 megawatt (MW) ini akan dibangunkan oleh syarikat usahasama antara SIC dan DC…
SIC cipta inovasi teknologi hijau, digital, perkukuh peranan dalam pembangunan negara




