Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dengan bangganya meraikan ulang tahun ke-40 syarikat dengan pelancaran logo yang melambangkan perjalanan transformasi serta visi masa hadapan SIC.
Logo 40 tahun SIC ini direka dengan elemen simbolik, menggambarkan tema ulang tahun ke-40, “Empat Dekad Penuh Makna”. Ia mencerminkan evolusi SIC sebagai salah satu pemain dalam industri teknologi pintar, pembangunan lestari, dan tenaga hijau.
Logo ini menampilkan elemen utama seperti:
- Warna Ungu Gambar Daun dan Simbol AI: Melambangkan kecerdasan, kecanggihan dan kreativiti, sejajar dengan pendekatan SIC yang berpandangan ke hadapan dalam mencari penyelasaian yang mampan.
- Warna ‘Fiery Rose’: Menggambarkan semangat, tenaga, dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.
- Warna Oren: Melambangkan model perniagaan SIC yang berfokus kepada tenaga hijau, termasuk panel solar dan solar terapung.
- Warna Ungu dan Pengecas EV: Mencerminkan komitmen SIC terhadap pembangunan infrastruktur kenderaan elektrik (EV), yang menyokong mobiliti hijau di Malaysia.
Pengenalan logo 40 tahun SIC adalah simbolik transformasi SIC selama 4 dekad, dengan komitmen untuk terus menjadi salah satu pemain dalam industri pembangunan teknologi dan perniagaan lestari bagi dekad-dekad akan datang.
Dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat SIC