Pemeteraian Surat Tunjuk Minat (LoI) ini menjadi langkah signifikan dalam kerjasama tersebut, sekali gus membuka laluan kepada kolaborasi dan inovasi pada masa hadapan. LoI ini telah ditandatangani oleh Pengurus Besar Pembangunan Bandar Pintar SIC, En. Md. Fauzan Elham yang mewakili SIC, manakala TP-Link diwakili oleh Pengarah Wilayahnya, Hugo Cai.
Kerjasama ini dijangka mentakrifkan semula pengalaman membeli rumah dengan mengintegrasikan kehidupan moden dan teknologi pintar untuk mencipta gaya hidup tanpa gangguan serta menyeronokkan bagi pembeli rumah di negeri Selangor.
Selain itu, kerjasama ini membolehkan pembeli rumah mempertingkatkan ruang kediaman mereka dengan pelbagai peranti rumah pintar inovatif daripada Tapo, seperti kamera keselamatan, pencahayaan pintar, alat automasi, dan vakum robot. Ia selaras dengan komitmen SIC untuk menawarkan pengintegrasian teknologi terkini selaras dengan gaya hidup pemilik rumah masa kini.
Tapo, jenama rumah pintar di bawah TP-Link, dikenali kerana rangkaian produknya yang berkualiti tinggi dan pelbagai, direka untuk memberikan kemudahan, keselamatan serta kecekapan kepada isi rumah moden.
Kerjasama ini dijangka mentakrifkan semula pengalaman membeli rumah dengan mengintegrasikan kehidupan moden dan teknologi pintar untuk mencipta gaya hidup tanpa gangguan serta menyeronokkan bagi pembeli rumah di negeri Selangor.
MENGENAI SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATION
Perhubungan Media SIC:
Syahrazad Md Noh, Tel: 019 207 7921 atau emel : syahrazad@sic.com.my
Airol Ezanie, Tel: 018 9877951 atau emel : airol@sic.com.my