RAWANG, 22 MAC 2024 – Selangor Industrial Corporation (SIC), anak syarikat milik penuh PKNS hari ini berkongsi kemeriahan sempena bulan Ramadan bersama 50 anak yatim daripada Pusat Jagaan Darul Imtinan, Bukit Beruntung dengan menganjurkan majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan saguhati yang bertempat di Pusat Jagaan berkenaan.
Majlis ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) SIC dalam membantu golongan yang memerlukan serta meraikan anak yatim dalam berkongsi kemeriahan dan kegembiraan menyambut bulan mulia ini. Majlis juga diceriakan dengan aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadan seperti Tadarus Al-Quran, menyantuni dan meraikan anak-anak yatim.
Pengurus Besar Korporat (SIC), Puan Syahrazad Md Noh, berkata amalan menyantuni komuniti, khususnya golongan kanak-kanak, adalah penting dalam memastikan pembangunan holistik masyarakat. Dengan memberi perhatian kepada generasi muda, SIC dapat membantu dalam memperkukuhkan lagi peranan dan kesan positifnya dalam masyarakat.
“Sumbangan berupa wang tunai, barangan keperluan asas seperti barangan elektrik, barangan keperluan dapur dan harian itu sedikit sebanyak meringankan beban Pusat Jagaan berkenaan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi” katanya.
Tambah beliau, melalui pelaksanaan program CSR seperti ini SIC akan dapat membina hubungan baik dengan komuniti tempatan. Hal ini membawa faedah jangka panjang kepada SIC dalam pemahaman terhadap keperluan dan komitmen kita dalam pembangunan masyarakat.
Program menyantuni anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan ini adalah aktiviti tahunan SIC dalam membina hubungan baik serta untuk memperkukuhkan lagi peranan dan kesan positifnya dalam Masyarakat.
MENGENAI SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATION
Selangor Industrial Corporation (SIC) merupakan sebuah organisasi yang berdiversifikasi yang terlibat dalam pelbagai cabang perniagaan dengan aktiviti utama perniagaan termasuk pembangunan, pengurusan projek, perdagangan bahan binaan, insurans, dan pembangunan bandar pintar.
Perhubungan Media SIC:
Airol Ezanie, Tel: 018 9877951 or email: airol@sic.com.my