SIC sekali lagi melakar sejarah di dalam inisiatif ‘Environment, Social and Governance’ (ESG) nya apabila melancarkan produk hijau ‘Rooftop Solar’ dengan kerjasama dari rakan strategic, Vestech Energy Sdn Bhd. Kerjasama tersebut bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan sistem fotovoltanik rooftop solar di Malaysia dan menyumbang kepada matlamat tenaga bersih negara secara keseluruhan.
Satu majlis pelancaran ‘rooftop solar’ dan seterusnya mendandatangai MoU bersama Vestech Energy Sdn Bhd telah dibuat di Laman PKNS pada 13 Julai 2023. Di bawah MoU ini, SIC akan mempromosikan dan menyediakan penyelesaian solar kediaman kepada pekerja PKNS dan anak syarikat PKNS termasuk SIC sendiri.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, pekerja SIC, PKNS dan kumpulan PKNS akan berpeluang mendapatkan manfaat daripada pilihan pembiayaan yang mudah dan berpatutan yang menghilangkan keperluan pembayaran pendahuluan yang besar, menjadikan peralihan kepada tenaga hijau lebih mudah dicapai.
MOU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Tn Ar. Wan Muhd Hisham manakala Vestech Energy Sdn Bhd diwakili oleh Tn Jack Tan, Naib Presiden Kumpulan Jualan dan Pemasaran Solarvest Holdings Berhad. Saksi bagi majlis ini disaksikan oleh En Md Fauzan Elham @ Alhim, Pengurus Besar Pembangunan Bandar Pintar SIC dan Puan Chen Sook Moy, Pengarah Eksekutif Vestech Energy Sdn Bhd.